Pages

Sunday, June 8, 2014

Balas pantun

FLASHBACK : 
Sesi berbalas pantun with my friend - Dila

Dila: 

Semalam termimpi si burung kenari,
duduk bercanda dirumpun melati,
rasa sepi bila sendiri,
menunggu reda hujan dihati.

Nana:
Duduk bercanda dipohon melati
hang dukla situ sampai ke pagi
watpa nak ikut laranya hati
lepas hujan datang pelangi

Dila:
bunga lalang bunga seroja
pohon beringin di tepi paya
pelangi datang sementara sahaja
dihembus angin hilangla dia

Nana:
bunga seroja bunga lalang
tepi paya pohon beringin
pelangi datang kemudian hilang
orang tanak, kite jangan teringin

Dila:
patah sudah dahan angsana
jatuh menimpa hujung perahu
kalau jodoh tidak kemana
takdir Tuhan siapa tahu

Nana:
buat apa pergi menjerat
kalau hasil tidak dijamah
andai jodoh sudah tersirat
takdir Tuhan pasti berhikmah

..end..

Nota 1 : Terima kasih kerana melayari PERSONAL BLOG.
Nota 2 : Himpunan #puisikaku boleh dilayari di www.jalangpasiran.blogspot.com
Nota 3 : Ruangan komen tidak diaktifkan di semua entri dan page.
Nota 4 : Sebarang pertanyaan dan komen, emailkan di raihanasanusi@gmail.com