Pages

Monday, April 12, 2010

KAHWIN

-->

PAGI-PAGI PERGI KESANA KEMARI
DAH KESANA KEMARI PATAH BALIK KE SINI
NAK HABAQ KAT AMPA NI..
PANJANG GAK NAK NGOMEL KT SINI
JGNLA BACE, KALO TAK SUDI
 2pasangan pengatin di studio ambe [^_^]

Semalam, sabtu, 10April2010..dua orang rakan studio ambe selamat diijabkabulkan..urmm..junior studio ambe getting married.. ambe tak dpt dtg ..keciwa sgt..urmm..tersenyum ambe bile pikirkan gelagat doang dlm studio, akhirnye dah pon selamat..semoga berkekalan ke anak cucu..insyAllah.. 
So! arini ambe nak bercerita mengenai perkahwinan. ape itu kahwin? perluke kahwin? kenapa nak kahwin?  
seperti biase, nak dinyatakan disini bahawasanya semua yang ambe katakan di bawah adalah pendapat ambe berdasarkan apa yang ambe study before typing. if ade salah silap, silalah  habaq. ambe ni Jahil. perbetulkan mana yang silap. tq! 

........................................................................................................................................................ 
DEFINISI PERKAHWINAN 
Sumber 1 :Perkahwinan didefinasikn sbg 1 ikatan lahir dan batin antara seorang lelaki dan seorang perempuan dlm sebuah rumahtangga buat selama-lamanya utk sempurnakan keperluan jasmani dan rohani mereka yang berasaskan pergaulan yang baik n niat suci serta ikhlas spt yg ditetapkan oleh akidah, syarak dan akhlak.
Sumber 2 :Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab. Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.
Sumber 3 : Prof. dr. A Mukhti Ali = utk membangunkan negara yang kuat, apabila negara itu terdiri daripada rumahtangga2 yang makmur. Kalo kita ingin membangunkan Negara ngan sebaiknya, maka rumahtangga juga harus dibangunkan sebiknya. Tanpa membangunkan keluarga mustahil tercapai pembangunan Negara.
Sumber 4: Solon,ahli falsafah yunani lak kate perkahwinan adalah gerbang keamanan, ketenteraman, dan kebahagiaan hidup seseorang. Semua manusia mimpikan kebahagiaan. Puncak kebahagiaan adalah berumahtangga.justeru itu manusia perlu berkahwin.
Klo ikut pendapat ambe sendiri..bagi ambe, perkahwinan adelah satu ikatan sah antara lelaki dan perempuan, perkongsian dan penyatuan 2 hati, yang membawa pada kebahagiaan, ketenangan, physically n emotionally n spiritually.
korang plak ase cmana?  paling simple ambe leh kate, perkahwinan adalah kombinasi antara komitmen yang anda berikan dan kebahagiaan yang anda dapat daripadanya. hee..  wateva la definisinya, cmana gubahan ayatnya, or perkataan dan bahasa yang digunakan, pasti semuanya memberikan maksud yang lebih kurang sama.  
........................................................................................................................................................
HIDUP MEMBUJANG?? 
Urmm..bile satu-satu masa kite rasekan yang pendidikan, masa depan, success dlm sesuatu bidang, pekerjaan etc..etc..ditambah plak ngan persekitaran yang watkan kite mula ragu2 ngan peranan perkahwinan dalam beri kebahagiaan + ketenangan pade manusia, or ngan sejarah hidup yang agak negative tehadap perkahwinan, sedikit sebanyak akan watkan kite kate; aku tanak kahwin..
Why? Sebab tanak pikul tanggungjawab,..sebab nak study..bla..bla..bla..macam2 alasan ley kite wat..mase ambe g talk pasal parenting,sorang gurl tanak kawen n bile ditanye kenape, she said ‘annoying’..urmm..jom same kite gelengkan kepala..urmm..ambe teringat 1 hadith Nabi,
‘perkahwinan adalah sunnahku. Barangsiapa tak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak menyukai aku’
Perkahwinan adalah fitrah manusia..fitrah utk disayangi dan menyayangi..n konsep perkahwinan dlm Islam tu sendiri pon adelah ibadah..lecturer class parenting ambe kate;  'bile seseorang berkahwin, maka dia telah melengkapkan sebahahagian imannya..’ ambe tak pasti smada tu adelah hadith Nabi s.a.w or ayat Quran.. urmm..Allahualam..ambe hambeNya yang jahil..
Ambe sendiri pernah memikirkan tuk tanak berkahwin..mungkin sekali dua..or dua or tiga kali..ntah..tpi pernahla..bukan tanak berkahwin, tapi rase tawar ati..tapi bnda tu terjad disebabkan ambe rase sakit ati+sunyi memikirkan jalan cerita hidup ambe.. couple n clash..couple n clash..tak kekal pon. but then, ambe pikir balik..siapa ambe tuk katekan bahawa kawin takkan berikan ambe bahagia..ambe tak tau masa depan cmana..ambe pernah terbaca, hidup membujang sebenarnye adelah 1 penyeksaan n jenayah pade diri sendiri..yerke? mungkin!
adalah Nabi S.A.W memerintahkan kami supaya berkahwin dan melarang membujang dgn tegahan yang keras ........................................................................................................................................................ 
ZURIAT
"Peranan perkahwinan adalah untuk membentuk satu institusi suci. mensucikan hub lelaki dan wanita dlm sebuah rumahtangga yg melahirkan generasi yg suci juga."
 Salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk mendapatkan zuriat dan meramaikan umat Muhammad..Bile dah punya anak..mampukah kita didik anak2 kite..doang umpama kain putih n kitelah yang akan mencorakkannya. kalo diri sendiri pon belom mampu nak berubah n jadi lebih baik (merujuk pada diri ambe sendiri), macamana nak didik anak-anak. macamana nak menjadikan dorang lebih baik dari ambe yang hina sehina manusia ni..emm... ambe teringat seorang sahabt pernah katekan pada ambe; setiap baby yang dilahirkan adalah Muslim, tapi ibu bapa dielah yang menajdikan dia kafir..urmm..
Ambe melihat ayat tu sebagai tanggungjawab seorang ibu bapa mendidik anak2..urmm..that is why 'bile seseorang berkahwin, maka dia telah melengkapkan sebahahagian imannya'. why? pada pendapat ambe sendiri, kerana apabila berkahwin, bermakna dia telah ada semua kualiti n nilai2 seorang Islam dan dgn nilai2 ni la dia akan terapkan dalam diri anak2 doang. Kalau iman xlengkap, camana nak didik isteri n anak2. emm.. betul ke ea. klo salah tlg betulkan.    ........................................................................................................................................................

RINGAN-RINGAN SEBELUM KAHWIN  
Kalaupon seorang ibu or bapa ley didik anak2 doang ngan baik, cmane lak bile die mula bergaul ngan rakan2..persekitaran sangat mempengaruhi seseorang..n adekah mase silam ibu or bapa akan diwarisi anak-anak?
Ambe terjumpa page ni, n watkan ambe tertarik tuk membace n copy n paste disini:  

‘Ringan-ringan sebelum kahwin’
Seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula. Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!! Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda. 


Ambe teringat kawan ambe katekan pada ambe sebelum cuti aritu; aku tak tau anak2 aku cmane..aku skang ngan si A pegang2 tangan.t anak2 aku caman plak..ah~~complicated nye..ambe takut..ye..takut..ambe ke yang akan menanggung dosa andainye anak2 ambe ikut jejak langkah ibunye yang terlalu banyak lakukan kesilapan n dosa yang bertimbum? Ambe tak tau..apepon, wahai bakal anakku (andai ambe mempunyai anak suatu hari nanti), jadilah hambaNya yang baik..lebih baik dari ibu kamu ini..
Emm..manusia menjadikan dunia makin kejam tehadap penghuninye..urmm..ngn pelbagai masalah dunia..ahh..segalanye perlu ditunding balik pada muka sendiri..ambe!!ahh..wahai diri, muhasabahla sbelum menunding jari pade sesiapa.. Setiap manusia melakukan kesilapan, begitu juga ambe.  Apabila kita takut untuk berubah, malu dengan dosa yang telah perbuat,takut ingatlah Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Seorang hamba menadah tangan dan berdoa: "Ya Allah, Ku bersujud pada-MU memohon keampunan atas segala dosa yang hamba perbuat. Ya Allah, dosaku menggunung, berkenankah Engkau terima taubatku? " 
maka Allah menjawab,  
"Khabarkan kepada hamba-hamba-KU, bahawa sesungguhnya Aku-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Al-Quran 15:49) 
"Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! janganla kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Maha Pengampun Maha Penyayang" (Al-Quran 39:53) 
Allahualam.    
....................................................................................................................................................... 
NAFSU 
"kerana mata itu berzina, dan zinanya adalah pandangan yang haram, dan minda juga berzina dan zinanya adalah membayangkan yang diharamkan" 

"Barangsiapa memiliki kemampuan untuk kahwin, hendaklah ia berkahwin. Hal itu lebih membantu menjaga pandangan serta melindungi kemaluan. Namun, apabila tidak mampu, hendaklah ia berpuasa. Dengan berpuasa, syahwatnya akan lemah."


Allah s.w.t telah menjadikan manusia dgn fitrah tuk hidup berpasangan, berkasih-kasihan, n penuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dpt dilaksanalan melalui ikatan yang sah. Kalo kite ngk sendiri realiti hidup sekarang, terutamanye remaja mcm ambe, berpegangan tgn bukan lagi perkara luar biasa, n even berpelukan pon dah jadi terlalu biase. Dengan keadaan sekarang, ngan diri ambe sendiri yang selalu terlupa n leka, ngn persekitaran yang tak menggalakkan diri tuk menjadi ‘lebih baik’, n tuk mencari kebaikan tu sendiri bukanlah mudah..ia perlu dicari dan usaha untuk mendapatkannya..n tak sume orang mahu mencari kebaikan, sebaliknya menunggu 'hidayah' tuk datang sendiri. Seorag lecturer yang ambe kagumi + hormati, Spehic Omer, pernah kate
jalan tuk membuat kebaikan biasenye sgt susah tuk dicapai..banyak halangan yang kite kena lalui, tapi kalo nk wat kejahatan,nah! Terbentang luas jalan + peluang tuk kite lakukan ngan mudah.. 
bagi ambe mungkin gak ade kebaikannye..lagi susah tuk kite wat sesuatu, lagi banyakla pahala + ganjaran yang kite akan dapat..ye..Allah Maha Mengetahui segala sesuatu sedangkan kite manusia sgt2 lemah + pemikiran kite sgt2 terbatas..
Tuk diri ambe sendri dan tuk sesiapa yang mambace n mendapatkan manfaat atas penulisan ambe kalini, marilah kite same2 berusaha tuk tak menurut hawa nafsu n hasutan syaitan..cube bace, 

surah Ibrahim ayat 22:" Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya".



Ambe tertarik ngan ayat yang ambe bold kn..maka janganla kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sndiri. YES! terang terangan kite tau syaitan itu musuh kita, yang jahat tapi kite still nak ikut..jadi, kitelah sebenarnya yang bodoh, memilih jalan yang salah..honestly speaking, JAHIL!. and ambe salah seorang daripada orang-orang yang jahil sebab masih dibawah telunjuk syaitan dalam melakukan banyak perkara.  

tapi Allah tu memang Maha Penyayang..Dia tetap mengampunkan kite andainya kita bertaubat..Ughh..betapa diri berasa hina malam ni..umm.. 
Ya Allah, ampuni hambamu ini atas segala dosa yang telah hamba lakukan selama ini.. 
........................................................................................................................................................  
JODOH ketentuan-NYA:
Seorang sahabat pernah berkata pada ambe bahawa couple ni takde faedah..urmm..urmm..couple ngn org len, kwin ngn org len..mungkin betullah pe yang sahabat ambe katekan [sile abaikan status ambe sementara]..umm..sedikit sebanyak watkan ambe bersetuju ngan statement yang couple sebenarnye tiada faedah..yela..becinta ngan org len, berkahwin ngan org len..so, pe makna couple tu sebenarnye?  

My dear, simple je. Jodoh itu rahsia Allah. kite takkan tau siapa jodoh kite smpailah masa nye tibe, kite berkahwin..baru kite tau.dialah jodoh sebenar kite. ye..kite merancang tapi Allah yang akan tentukan..tertarik ngan Firman Allah (Al-Quran 2:216) :
-->
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”

Adakah orang yang kite sayang sekarang adalah orang yang kite akan sayang selama-lamanya? yang kite confirm jdi teman hidup kite,adakah orang yang kite benci gegile tu sebenarnya sangat jahat? Or adekah selamnya kite akan membenci die? Kite tak tau..tapi Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Urmm..ambe? ambe tak mampu nak mengulas banyak sebab ambe sendiri bercouple..emm..  ........................................................................................................................................................
BAHAGIAkah ?
Anda ragu-ragu hendak berkahwin? takut sebab ramai artis/rakan sekeliling kamu bercerai berai/couple n clash? etc..etc? cube fahamkan ayat nih;
'Siapa kamu menentukan cara kamu melihat'. kesannya pula, 'cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat'  (Secangkir Teh Pengubat Letih - SaifulIslam) 
Cara kamu melihat sesuatu menentukan siapa kamu dan apa yang akan kamu dapat. kalo kamu optimis terhadap perkahwinan, maka kebahagiaan la yang kamu dapat. Asalkan ia berasakan pada nilai yang baik, maka baiklah yang kamu akan dapat. yakinlah dengan-Nya. Insyaallah.

just be husnuzon.

........................................................................................................................................................ 

Panjang juga ambe menaip kalini. teringat dulu, suatu masa ambe cukup tak suke bile diutarakan mengenai perkahwinan.tapi skng len, mungkin sbab makin ramai sahabat ambe yang dah berumahtangga. Urmm..maaf andai ade kesilapan dalam entry kalini. andai tak ckup lengkap. sesungguhnye ilmu didada mmg kurang, ambe cume mahu berkongsi sesuatu. perbetulkan mane yg silap.tambahkan mane yang kurang..

.wasalam.

p/s: pesanan untuk diri sendiri

Nota 1 : Terima kasih kerana melayari PERSONAL BLOG.
Nota 2 : Himpunan #puisikaku boleh dilayari di www.jalangpasiran.blogspot.com
Nota 3 : Ruangan komen tidak diaktifkan di semua entri dan page.
Nota 4 : Sebarang pertanyaan dan komen, emailkan di raihanasanusi@gmail.com