Pages

Tuesday, January 1, 2013

Impian [kenapa Turki dan kenapa mesti Istanbul]

"betapa melalui sejarah, kita akan dapat mempelajari mengenai peraturan Allah terhadap alam dan kehidupan ini. dengan nilai ini, sejarah silam menghubungkan masa depan." -ibnu khaldun (source: http://www.iskandarfateh.com/)
'IMPIAN'

Setiap manusia diberikan keinginan tuk mengexplore. Sedari kecil lagi manusia diberikan fitrah untuk sering mengetahui sesuatu yang baru, tuk belajar mengambil tahu dan mempelajari sesuatu. Keinginan terhadap sesuatu biasanya dipengaruhi oleh minat kita, pengalaman, cara kita berfikir terhadap sesuatu, or even sebenarnya tanpa alasan, tetapi keinginan tu dtg tanpa dirancang. Dan andainya keinginan terhadap sesuatu tu berlarutan, akan timbul impian tuk mecapainya. setiap manusia plak punya impian yang berlainan, mungkin sama mungkin  juga berbeza. 
ya,  'Siapa kamu menentukan cara kamu melihat'. kesannya pula, 'cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat' - Secangkir Teh Pengubat Letih - Saifulislam.com
sedari kecil, ambe punya pelbagai impian yang pernah atau x pernah dicapai, semuanya berubah mengikut keperluan, situasi dan kewangan. sesetengah impian memerlukan sejumlah wang tuk direalisasikan, ya.. camtu gak impian yang ambe sulam sejak 2-3 tahun lepas tuk ke Istanbul, Turki. Minat kepada Istanbul disulam sedikit demi sedikit tanpa dirancang, diterap dalam diri ambe secara tak sengaja dan mula berkembang bila ambe mula membeli buku berkaitan Sultan Muhammad al fateh dan Turki.


KENAPA TURKI?

My studio's Istanbul Trip. 
I made last-minute decision 
not to join the trip because of 
family matter. but its ok, 
setiap pengorbanan 
pasti ada hikmahnya. 
ramai yang mahu keluar negara.. dan niat untuk mengembara atau ke negeri orang biasanya berasaskan minat masing2. ada orang nak ke Korea kerana pengaruh cerita, ada orang nak ke Dubai kerana al-Burj,  ada yang ke Kemboja kerana Angkor Wat, ada yang ke Indonesia kerana nak shopping, ada yang mengembara ke serata dunia kerana budaya, makanan dan sukan. etc.. etc. Tahun 2011 menyaksikan ambe terpaksa menarik balik keputusan mengikuti trip ke Istanbul (a weeks/month before departure). it was a very last minute decision, tapi ambe pasrah. orang kata redha itu rela, tapi pasrah itu menyerah. ya, ambe menangis dan terasa hati apabila rakan-rakan mengupload gambar semasa di turki. bukan sakit hati tapi terkilan. terkilan kerana impian yang dipendam sekian lama, dan usaha keras yang dah dibuat untuk kesana sia-sia. Tiket sudah ada, duit sudah dikumpul tapi akhirnya ambe mengalah. Keluarga itu lebih penting. 

Itu cerita lama. impian untuk ke Istanbul, Turki tak pernah padam tapi semakin membuak-buak. satu-satunya halangan adalah wang dan peneman ke sana. tak apalah, tak perlu rushing. balik semula kepada tujuan utama entry ni, bagi ambe, keinginan untuk ke Turki ambe bahagikan kepada 3.

1. Kerana sejarah Islam
2.Kerana Tokohnya
3.Tempat bersejarah dan kaitannya dengan Islam

disini ambe berikan sedikit review kenapa ambe mahu dan berkeinginan yang membuak-buak mahu ke Istanbul.
.....................................................................

SEJARAH DAN KETAMADUNAN 

semua negara pon ade sejarahnya sendiri. Tapi bagi ambe keunikannya dari segi sejarah adalah kerana Turki adalah negara yang pernah melalui kebangkitan dan kejatuhan Kristian dan Islam. Kostantinople atau Istanbul merupakan pusat kerajaan yang penting pada satu masa kerana kedudukannya yang strategik, berapa di laluan antara Eropah dan Asia. Afta Islam digulingkan oleh Muslim sendiri, Kamal Altartuk, Turki terus menerus dijajah sekular atas nama kemodenan n nilai-nilai keislaman makin kurang dan kurang.. ape yang kite leh ngk skang cumelah tinggalan sejarah Islam. apepon, Turki adalah tempat yang elok tuk dilawati, melewati zaman byzantine (kritian ortodoks), penaklukan Constantinople oleh Al-Fateh, zaman kebangkitan dan kegemilangan Islam, n kejatuhan Islam, dan pemodenan turki..

TOKOH 1: Al-Fateh

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq;
 “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Ilustrasi situasi di kubu kota 
Constantinople ketika penaklukan 
pada 1453.
Siapa yang tak kenal dengan Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau merupakan tokoh Islam yang sangat dominan. Al Fateh merupakan pemimpin daulah Uthmaniyyah (khalifah ke-7) yang menawan Constantinople (1453). Selepas penaklukan Constantinople. Nama Constantinopla diubah kepada Istanbul atau bermaksud 'Islam Keseluruhannya'. Al-Fateh merealisasikan hadith Nabi s.a.w afta 800 tahun. Strategi beliau mendaratkan kapal, diangkat menaiki bukit n pastu turun balik ke laut, melepasi kawasan penempatan dalam satu malam sahaja, dikatakan strategi ketenteraan terbaik di dunia. Persoalan mengapakah beliau merupakan sebaik-baik raja bukan hanya dari segi kepimpinan dan strategi ketenteraannya, tapi ianya terjawab ketika beliau mencari imam untuk bersolat di gereje Aya Sofiya.:
Kerana beliau tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh

TOKOH 2: Abu-Ayub al-ansari

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, beberapa siri kempem penaklukan Constantinople telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dan tentera Islam. tetapi kesemuanya menemui kegagalan. dalam satu siri penaklukan, Sahabat Nabi s.a.w telah menamui ajalnya. beliau mewasiatkan supaya dimakamkan di benteng kubu Constantinople. apabila ditanya, Abu Ayub al-ansari menjawab:
"Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople"
masjid dan makam
Abu Ayub al-ansari
Apabila ajalnya tiba, Abu Ayub dimakamkan di tepi kubu Constantinople, namun kemudiannya dimakamkan di satu tempat lain atas perintah Maharaja Constantinople ketika itu, sebelum kemudiannya dimakamkan di dalam hutan. Selepas pembukaan Kota Istanbul oleh Al-Fateh, beliau mengarahkan kuburnya dicari. Apabila kuburnya dijumpai, mayat beliau masih berkeadaan elok dan semua tentera daulah mencium kaki sahabat Nabi s.a.w. Tetapi apabila beliau ingin mencium, kaki tersebut mengelak. beberapa kali cubaan tetapi kaki tersebut tetap mengelak. apabila ditanya kepada Ulama,
"Abu Ayub al-ansari tak mahu dicium oleh Al-Fateh, sebaik-baik pemimpin yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w, kerana berasa malu dan mengagumi beliau"
Jikalau Abu Ayub al-ansari mengagumi beliau, apatah lagi manusia seperti ambe. Sesungguhnya bukan al-Fateh sahaja yang ambe kagumi tapi keseluruhan daulah Uthmaniyyah. 

TOKOH 3 : Sultan Abdul Hamid II
"Aku yakin yang ahli sejarah akan membelaku. Seandainya akhi sejarah Turki tidak melkukannya sekali pun, aku pasti akan ada ahli sejarah luar yang akan menegakkan keadilan buatku" - Sultan Abdul Hamid ii

Khalifah terakhir Daulah 
Uthmaniyyah, Sultan Abdul Hamid 
ii meninggalkan  Istana Yilzid 
atas arahan Mustafa Kamal Atartuk.
Pada zaman ini dimana secularist Turki lebih menyanjungi Mustafa Kamal Atartuk yang memodenkan Turki, nama Sultan Abdul Hamid ii hilang dan manusia mengaitkannya dengan kajatuhan Daulah Uthmaniyyah dan Islam keseluruhannya. Ambe diberi kesempatan untuk memiliki buku Sultan Abdul Hamid ii dan Kejatuhan Daulah Uthmaniyyah, research oleh Dr. Aeman. Tak terkata sebak dan sedih membace sejarah Daulah dan diari Sultan Abdul Hamid ii disaat-saat kejatuhannya.




"Sesungguhnya aku tahu, bahawa nasibku semakin terancam. Boleh saja aku berhijrah je Eropah untuk menyelamatkan diri. Tetapi untuk apa? Aku adalah Khalifah yang bertanggungjawab atas umat ini. Tempatku adalah di sini. Di Istanbul!" - Sultan Abdul Hamid ii

Istana Yilzid. Disinilah kediaman 
Sultan Abdul Hamid ii selepas 

meninggalkan kemewahan milik 

keluarganya di Istana Dolmabache.
Sultan Abdul Hamid II merupakan Khaifah ke 98 dan merupakan yang terakhir  berkuasa ke atas Daulah Uthmaniyyah. Kite memang sedia maklum yang kejatuhan Daulah Uthmaniyyah sememangnya dikaitkan dengan korupsi, penyelewengan kuasa, dan sikap pemimpin yang gemar bersosial dan tidak menjalankan prinsip dan nilai Islam dalam pemerintahannya. Sultan Abdul Hamid ii lahir pada zaman kejatuhan Islam, ketika Daulah diambang kejatuhan. Ketika pemerintahannya, beliau cuba untuk mengembalikan kegemilangan Islam dengan menerapkan nilai-nilai Islam. Namun, ketika itu Ummah (rakyat Turki) dah hilang kepercayaan terhadap Daulah. ditambah dengan nilai sekular yang mula diserap dalam diri Ummah oleh British dan Zionis. Bukan itu sahaja, Sultan Abdul Hamid merupakan pemimpin Islam yang dibenci Yahudi. Beliau menolak dengan tegas penawaran unttuk membeli ladang miliknya di Sancak Palestin untuk dijadikan penempatan Yahudi. Selapas beliau diperintahkan keluar daripada kediamannya di Istana Yilzid, beliau dibuang ke Salonika, Greece. Apabila beliau dikembalikan ke Istanbul, beliau dipisahkan daripada anak-anaknya. mereka dibuang ke Perancis dan bercerai berai. Beliau ditempatkan di Istana Beylerbeyi selama 6tahun sebelum meninggal dunia kerana penyakit asthma pada 10 Februari 1918.  Khalifah terakhir Daulah Uthmaniyyah ini dimakamkan di Beyazid. 

al-Fatihah. Semoga rohmu dicucuri rahmat, Tuanku. Amin.

..................................................................

Rasanya cukuplah setakat ini, ambe akan sambung next entry mengenai tempat-tempat yang ambe ingin pergi, dan kaitannyanya dengan sejarah Islam. wasalam.
Nota 1 : Terima kasih kerana melayari PERSONAL BLOG.
Nota 2 : Himpunan #puisikaku boleh dilayari di www.jalangpasiran.blogspot.com
Nota 3 : Ruangan komen tidak diaktifkan di semua entri dan page.
Nota 4 : Sebarang pertanyaan dan komen, emailkan di raihanasanusi@gmail.com