Pages

Friday, December 25, 2009

Aku manusia lemah

Rentetan cerita semalam
Manusia..bila terlakar derita di muka
Baru dia mencari Yang Maha Esa
Manusia..bila cerita tiada penamatnya
Baru die meminta petunjukNya
Manusia..bila silap salahnya diperkata
Baru terasa silu ngan tindakannya
Manusia..bila amarah mnguasai,
Mudahnya hati menjadi benci
Mudahnya dikawal emosi




Aku..
Termakan hasutan
Terhidu haruman nista
Aku..
terpedaya
Dalam kalutan emosi
Dalam ketidakstabilan hati
Bila yang buta menjadi celik
Yang lurus mula menjadi bengkok
Anasir jahat mula melangkaui
Kewarasan beansur pergi
…………………………………………...
Di keterbukaan ini,
Aku meminta keampunan atas khilafnya diri
Kata yang terluah di hujung pena,
Madah yang terakam di kotak suara
…………………………………………….
Aku manusia lemah
Tiada daya menahan marah
…………………………………………….
Semua cerita sudah disurat
Tiada keunduran yang mampu dibuat
Aku manusia lemah
Hanya berharap semuanya pasti berhikmah


-nanaSanusi-

Nota 1 : Terima kasih kerana melayari PERSONAL BLOG.
Nota 2 : Himpunan #puisikaku boleh dilayari di www.jalangpasiran.blogspot.com
Nota 3 : Ruangan komen tidak diaktifkan di semua entri dan page.
Nota 4 : Sebarang pertanyaan dan komen, emailkan di raihanasanusi@gmail.com