marah?
ya.. memang kadangkala kita sukar mengawal kemarahan, apatah lagi bila sesuatu tu mencabar keegoan, dan kesabaran diri kita.. kadangkala orang-orang tertentu sengaja mencucuk 'sarang lebah' , menguji kesabaran diri yang ada pada kita. dan kadangkala kita sendiri tak mampu menahan kemarahan sehingga mengeluarkan kata-kata kesat, memaki hamun. seterusnya menjadikan kita seorang yang baran. Tetapi, tahukah kamu, bahawasanya marah itu terbagahi kepada dua, iaitu marah yang positif dan marah yang negatif. Tetapi hari ini kita akn membincangkan tentang marah yg negatif.
ya.. memang kadangkala kita sukar mengawal kemarahan, apatah lagi bila sesuatu tu mencabar keegoan, dan kesabaran diri kita.. kadangkala orang-orang tertentu sengaja mencucuk 'sarang lebah' , menguji kesabaran diri yang ada pada kita. dan kadangkala kita sendiri tak mampu menahan kemarahan sehingga mengeluarkan kata-kata kesat, memaki hamun. seterusnya menjadikan kita seorang yang baran. Tetapi, tahukah kamu, bahawasanya marah itu terbagahi kepada dua, iaitu marah yang positif dan marah yang negatif. Tetapi hari ini kita akn membincangkan tentang marah yg negatif.
Tabiat marah manusia boleh dibahagikan kepada empat;
- Orang yang cepat marah dan cepat reda kemarahannya
- Orang yang lambat marah dan lambat reda kemarahannya
- Orang yang lambat marah dan cepat reda kemarahannya
- Orang yang cepat marah dan lambat pula reda kemarahannya
Yang manapun tabiat marah yang kita hadapi, perasaan marah dan baran yang tak mampu dibendung akan memberikan banyak keburukan kepada kita..tak perlulah dihuraikan dengan panjang lebar kesan-kesan marah, sekadar mengatakan ia memberikan kesan negatif sudah menyingkap segalanya.. Kali ni ambe terpanggil untuk mencari jawapan cara menahan marah dan belajar bersabar.
CARA MENANGANI KEMARAHAN DAN BELAJAR BERSABAR.
1. Berdoa dan mohon perlindungan dari Allah
Imam al-Nawawi meriwayatkan daripada 'Aisyah r.a. katanya: Suatu ketika Nabi S.A.W datang kepadaku sedang aku dalam keadaan marah. Baginda S.A.W lantang memegang pangkal hidungku serta menggosok-gosokkanya. kemudian bersabda: Wahai 'Uwaisy (panggilan manja tuk 'Aisyah)! Sebutla:"dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar , Maha Mengetahui" (Al-A'raf:200)
"Ya Allah, wahai Tuhan Nabi Muhammas S.A.W! Ampuni aku dari dosa-dosaku, dan hilangkanlah kemarahan (dari dalam) hatiku, dan selamatkan aku dari (bahaya) kesesatan segala bentuk fitnah (punca marah)".
2. Tukar posisi kedudukan asal (ketika marah)
"apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring"(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)
3. Jangan mencari punca kemarahan
Jangan
mencari punca kemarahan sehingga diri cukup tenang, kerana kita manusia
sukar membuat keputusan / menilai sesuatu ketika sedang marah/ emosi
tak stabil. perelokkan emosi dan keadaan.. bila marah redha, ucapkan
Alhamdulillah.. dan mula mencari punca.. nilaikan kebaikan dan hikmah
yang ada.. ambil yang jernih, buang yang keruh.
Wahai jiwa-jiwa yang tenang, jangan sekali-kali kamu mencuba menjadi Tuhan dengan mengadili dan menghakimi. Bahawasanya ya! kamu memang tak punya daya dan upaya, serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati. Bukankah kita memang diciptakan laki-laki dan wanita, serta suku dan bangsa yang pasti berbeza. bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati, bukan untuk saling bercerai berai dan berperang mengangkat senjata.
4. Diam!
"Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam"Nabi saw mengucapkannya 3 kali" (Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)
Diam dan bersabar bukan satu perkara yang mudah. Kebolehan untuk bersabar itu pon sebenarnya satu anugerah;
"siapa yang berlatih kesabaran, maka Allah akan menyabarkannya. dan tidak ada siapa yang mendapat kurnia Allah lebih baik atau lebih daripada sabar "(Riwayat Bukhari)
"Orang2 bertakwa ialah org yg berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org lain. dan Allah mencintai org yg berbuat kebaikkan" (Al-imran:134)
Tapi hakikatnya, perkara yang elok itu biasanya sukar dibuat. Bukan semua antara kita mampu bersabar, apatah lagi apabila kemarahan kita dicucuk-cucuk oleh orang lain. Dikatakan orang yang mampu bersabar dan berjaya menahan marahnya dikatakan orang yang kuat dan perkasa secara batinnya;
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
5. Berwudhuk
"sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk"(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)
"Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam" (Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)
6. Lihatla sesuatu yang mampu menyejukkan hati
Lain manusia lain perspektifnya terhadap sesuatu...bagi seorang ibu, melihat anak kecil yang tidak tahu apa2. mungkin leh menyejukkan hatinya, pelukla dikecil itu supaya kemarahan itu hilang. Tafakkur alam mungkin kaedah terbaik untuk menenangkan diri.
"Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." (A-li 'Imraan: 189-191)
----------------------------------------------------------------------
Tapi kadang-kadang bukan kita yang marah, tapi kita adalah punca kemarahan orang lain.Apa nak buat? hurmm..
Di keterbukaan ini,
Aku meminta keampunan atas khilafnya diri
Kata yang terluah di hujung pena,
Madah yang terakam di kotak suara
nana
andai maaf diminta dan diberi, belom tentu boleh bersama lagi. :)
----------------------------------------------------------------------